Dalam Sepekan Turki Neutralkan 42 Pengganas PKK

Diantara mereka yang telah dineutralkan terdapat 3 pengurus teratas organisasi pengganas

957233
Dalam Sepekan Turki Neutralkan 42 Pengganas PKK

Dalam operasi-operasi yang dianjurkan dalam sepekan, Turki neutralkan 42 pengganas ahli organisasi pengganas PKK.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Kementrian Dalam Negeri, dilaporkan bahawa dalam operasi-operasi yang dianjurkan antara 16-23 April, diantara mereka yang telah dineutralkan terdapat 3 pengurus teratas organisasi pengganas yang termasuk dalam seranai carian kategori merah, biru dan abu-abu.

131 orang yang berkait dengan PKK, 532 orang yang berkait dengan organisasi pengganas Fethullahist FETÖ, 47 orang yang berkait dengan Daesh dan 12 orang yang dianggap terhubung dengan ekstrim kiri telah ditahan.



Berita Terkait