Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 19 April 2018

Ringkasan Akhbar Turki

Akhbar Sabah: "Keadaan Kecemasan telah dilanjutkan selama 3 bulan"

Surat Rasmi Perdana Menteri mengenai perpanjangan tempoh keadaan kecemasan untuk tempoh 3 bulan yang berlaku mulai hari Khamis, telah diterima di Perhimpunan Majlis Agung Negara Turki. Dengan begitu, keadaan kecemasan telah diperpanjang sebanyak 7 kali.

 

Akhbar Vatan: "Pengumuman pemilihan awal dari Yıldırım"

Pada hari Ahad, 24 Jun, pilihan raya timbalan presiden dan kepala wilayah akan diadakan bersama-sama. Perdana Menteri Binali Yıldırım membuat kenyataan akhbar di Pavilion Çankaya. Yıldırım berkata, "Keputusan sedemikian telah diambil kerana perkembangan yang dihadapi oleh negara kita."

 

Akhbar Hürriyet: "Penutup di TANAP akan dibuka pada 30 Jun"

Saluran paip gas Trans-Anatolia di TANAP yang akan membawa gas asli Azerbaijan ke Eropah melalui Turki ahirnya telah memasuki tahap ahir. Jalur energi yang dipanggil jalan sutera, bersedia untuk memberi gas asli ke Turki pada 30 Jun.Aliran gas asli ke Eropah melalui TANAP akan bermula pada tahun 2020.

 

Akhbar Yeni Safak: "Galatasaray juara di Piala Eropah Wanita FIBA''

Pasukan Bola Keranjang Wanita Galatasaray mencapai kejuaraan dengan kelebihan 22 mata dalam perlawanan pertama meskipun dikalahkan dengan pasukan Itali, Reyer 72-65 dalam pembalasan final Piala Eropah Persekutuan FIBA.



Berita Terkait