Operasi Tentera Turki di Afrin Telah Neutralkan 2222 Pengganas

Bilangan pengganas yang telah dineutralkan sejak dimulakannya operasi pada 20 Januari adalah 2222.

920572
Operasi Tentera Turki di Afrin Telah Neutralkan 2222 Pengganas

Bilangan pengganas yang telah dineutralkan dalam Operation Olive Branch yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Turki (TSK) di wilayah Afrin, Syria, hingga setakat ini adalah 2222.

Dalam pernyataan yang dibuat oleh Ketua Staf Umum, dinyatakan bahawa operasi darat dan udara dalam skop Operation Olive Branch, 38 pengganas lagi ahli organisasi pengganas PKK / KCK / PYD-YPG dan Daesh telah dineutralkan.

Dengan demikian bilangan pengganas yang telah dineutralkan sejak dimulakannya operasi pada 20 Januari adalah 2222.

Sementara itu, TSK dan Free Syrian Army (FSA), telah membersihkan kampung Sheikh Mehmetli di barat laut Afrin.

Sejak dilancarkannya Operation Olive Branch pada 20 Januari, tentera Turki dan FSA yang menyokong operasi tersebut, telah menyelamatkan 116 sasaran di Afrin, termasuk satu pusat daerah, 88 kampung, 6 kampung pemukiman, 20 gunung dan bukit strategik, dan satu pangkalan milik YPG / PKK-Daesh.



Berita Terkait