Angkatan Tentera Turki Serang Konvoi Organisasi Pengganas di Afrin

Ketua Staf Umum memberitahu bahawa konvoi yang membawa senjata dan amunisi untuk para pengganas, dikenal pasti ketika mendekati kota di tenggara Afrin dan mereka telah diserang ketika berada di sekitar 15 kilometer dari bandar.

916506
Angkatan Tentera Turki Serang Konvoi Organisasi Pengganas di Afrin

Angkatan Tentera Turki (TSK) melaporkan bahawa telah menyerang konvoi organisasi pengganas PKK/KCK/PYD-YPG yang terdiri daripada 30-40 kenderaan di wilayah Afrin, Syria.

Ketua Staf Umum memberitahu bahawa konvoi yang membawa senjata dan amunisi untuk para pengganas, dikenal pasti ketika mendekati kota di tenggara Afrin dan mereka telah diserang ketika berada di sekitar 15 kilometer dari bandar.

Kenyataan tersebut juga berkata, ''Selama operasi hanya konvoi milik organisasi pengganas PKK/KCK/PYD-YPG dan Daesh yang menjadi sasaran dan seperti biasanya, semua jenis perhatian dan kepekaan telah ditunjukkan untuk tidak membahayakan orang awam.''



Berita Terkait