Di Syria, Tentera Turki Berhadapan dengan Kumpulan Pengganas Pro-Rejim

Dengan tembakan artileri yang di lepaskan TSK, kumpulan pengganas di 10 km dari kota Afrin terpaksa menjauh.

915000
Di Syria, Tentera Turki Berhadapan dengan Kumpulan Pengganas Pro-Rejim

Di Syria, Angkatan Tentera Turki (TSK), kali ini berhadapan dengan kumpulan-kumpulan pengganas pro-rejim.

TSK yang bertujuan untuk membersihkan Afrin daripada pengganas ahli organisasi pengganas PKK/PYD/YPG serta Daesh, dalam skop Operation Olive Branch saat ini sedang berjuang menghadapi kumpulan-kumpulan pengganas pro-rejim.

Dengan tembakan artileri yang di lepaskan TSK, kumpulan pengganas di 10 km dari kota Afrin terpaksa menjauh.

Para pengganas terlihat menjauh berikutan tembakan peringatan tersebut. 

Presiden Recep Tayyip Erdoğan pada perbualan telefon dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam, mengatakan bahawa ''Rejim Syria akan merasakan akibatnya jika mereka memilih jalan ini''.

Menteri Luar Mevlüt Çavuşoğlu juga berkata ''Tidak menjadi masalah jika rejim masuk ke Afrin untuk membersihkan organisasi pengganas YPG, tetapi jika mereka masuk ke Afrin untuk melindungi YPG, tiada siapa yang boleh menghentikan tentera Turki''.



Berita Terkait