1439 Pengganas telah Dineutralkan dalam Operation Olive Branch di Afrin

Dalam skop Operation Olive Branch, operasi-operasi darat dan udara hari ini berhasil meneutralkan lagi 70 pengganas ahli pertubuhan pengganas PKK/KCK/PYD-YPG dan Daesh.

909679
1439 Pengganas telah Dineutralkan dalam Operation Olive Branch di Afrin

Dalam Operation Olive Branch yang dilancarkan oleh Angkatan Tentera Turki (TSK) di wilayah Afrin, Syria, bilangan pengganas yang telah dineutralkan meningkat kepada 1439.

Ketua Staf Umum membuat kenyataan mengenai Operation Olive Branch di wilayah Afrin yang dilancarkan pada 20 Januari untuk meneutralkan para pengganas ahli pertubuhan pengganas PKK/KCK/PYD-YPG dan Daesh, juga menyelamatkan saudara-saudara di wilayah itu daripada penindasan dan penganiayaan.

Kenyataan itu berkata bahawa dalam skop Operation Olive Branch, operasi-operasi darat dan udara hari ini berhasil meneutralkan lagi 70 pengganas ahli pertubuhan pengganas PKK/KCK/PYD-YPG dan Daesh.

Dalam kenyataan tersebut dinyatakan bahawa sejak dimulakannya operasi, bilangan pengganas yang telah dineutralkan adalah 1439.



Berita Terkait