1369 Pengganas Telah Dineutralkan oleh Operation Olive Branch di Afrin

Operasi udara yang dianjurkan kemarin telah memusnahkan 15 sasaran termasuk tempat berlindung, tempat persembunyian, gudang peluru dan senjata milik pertubuhan pengganas

908905
1369 Pengganas Telah Dineutralkan oleh Operation Olive Branch di Afrin

Dilaporkan bahawa bilangan pengganas yang telah dineutralkan oleh Angkatan Tentera Turki (TSK) sejak dimulakannya Operation Olive Branch adalah 1369.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Ketua Staf Umum, dinyatakan ''Dalam skop Operation Olive Branch di wilayah Afrin, Syria, yang dimulakan pada 20 Januari dengan tujuan untuk meneutralkan para pengganas ahli PKK/KCK/PYD-YPG dan Daesh, juga untuk menyelamatkan saudara dan sahabat kami yang ada di wilayah itu, dengan operasi udara yang dianjurkan kemarin telah memusnahkan 15 sasaran termasuk tempat berlindung, tempat persembunyian, gudang peluru dan senjata milik pertubuhan pengganas''.

Pesawat-pesawat pejuang yang mengambil bahagian dalam operasi tersebut telah kembali ke pangkalan dengan selamat, manakala 103 pengganas lagi ahli PKK/KCK/PYD-YPG dan Daesh telah dineutralkan.

Dengan demikian, sejak dimulakannya operasi bilangan pengganas yang telah dineutralkan adalah 1369.



Berita Terkait