Presiden Erdoğan Tiba di Roma

Lawatan Erdoğan ke Vatican akan menjadi lawatan pertamanya di peringkat Presiden selepas 59 tahun.

Presiden Erdoğan Tiba di Roma

Presiden Recep Tayyip Erdoğan melakukan lawatan rasmi ke Vatican sebagai jemputan pimpinan rohani Katolik, Pope Francis.

Presiden Erdoğan beserta isteri, Emine Erdoğan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Fiumicino Leonardo da Vinci di Roma, disambut oleh Duta Besar Turki untuk Vatican, Mehmet Paçacı, Duta Besar Turki untuk Roma, Murat Salin Esenli, pengarah protokol Vatican Jose Bettancourt, pengarah protokol Itali Riccardo Guariglia dan kakitangan kedutaan Vatican dan Roma.

Dalam pertemuan Presiden Erdoğan dan Pope, akan dibahas hubungan Turki-Vatican, perkembangan Yerusalem, isu-isu serantau, tragedi kemanusiaan di Syria dan memerangi keganasan, xenofobia dan Islamofobia.

Selepas lawatannya di Vatican, Recep Tayyip Erdoğan akan bertemu Presiden Itali Sergio Mattarella pada acara makan tengah hari dan kemudian akan menerima PM Paolo Gentiloni.

Semasa lawatannya ke Roma, Presiden Erdoğan  juga akan bertemu dengan pengurus syarikat Itali.

Lawatan Erdoğan ke Vatican akan menjadi lawatan pertamanya di peringkat Presiden selepas 59 tahun.



Berita Terkait