Angkatan Tentera Turki Musnahkan 41 Sasaran Milik PKK di Asos-Iraq Utara

Pasukan Angkatan Tentera Turki (TSK) memusnahkan 41 sasaran organisasi pengganas separatis di rantau Asos di utara Iraq dengan kempen udara semalam.

856779
Angkatan Tentera Turki Musnahkan 41 Sasaran Milik PKK di Asos-Iraq Utara

Mengikut maklumat yang dibuat oleh Ketua Staf, kempen udara komprehensif telah diadakan di rantau Asos di utara Iraq malam tadi, yang memberi kesan hebat kepada organisasi pengganas separatis.

Pesawat pejuang Komando Tentera Udara, berjaya menghancurkan sejumlah 41 sasaran seperti tempat perlindungan, tempat persembunyian, terowong dan sebagainya milik organisasi pengganas separatis di rantau Asos.

Pesawat udara dan kenderaan udara tanpa pemandu yang turut beroperasi, kembali ke pangkalan mereka dengan selamat.



Berita Terkait