Angkatan Tentera Turki Lancarkan Operasi Udara ke atas PKK di Utara Iraq

Dalam operasi udara yang dianjurkan oleh (TSK) di wilayah Zap, Sinath-Haftanin, Hakurk dan Kandil di bahagian utara Iraq, kedudukan senjata, gudang senjata dan gudang amunisi yang digunakan oleh organisasi pengganas telah dimusnahkan.

846110
Angkatan Tentera Turki Lancarkan Operasi Udara ke atas PKK di Utara Iraq

Mengikut maklumat yang dibuat oleh Ketua Staf, Angkatan Tentera Turki (TSK) masih terus menyasarkan kem-kem yang digunakan oleh ahli-ahli organisasi pengganas separatis di utara Iraq.

Pesawat pejuang di bawah Komando Tentera Udara, semalam melancarkan operasi ke atas kem-kem organisasi pengganas separatis PKK  di kawasan Zap, Sinath-Haftanin, Hakurk dan Kandil.

Pesawat-pesawat pejuang yang telah memusnahkan kedudukan senjata, tempat perlindungan, gudang senjata dan peluru yang digunakan oleh pengganas yang sedang bersedia untuk melancarkan serangan, kembali ke pangkalan dengan selamat.



Berita Terkait