Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 26 Oktober 2017

Ringkasan Akhbar Turki

Akhbar Hürriyet: ''Perjuangan bersama menentang PKK''

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan, menerima Perdana Menteri Iraq, Haydar al-Ibadi di Kompleks Kepresidenan. Selepas pertemuan, Erdoğan dan Ibadi mengadakan sidang akhbar bersama. Pada kenyataan yang dibuat Presiden Erdoğan dalam sidang akhbar tersebut, menyatakan bahawa perjuangan tentera Iraq terhadap pertubuhan pengganas Daesh telah membuahkan hasil, tetapi pertubuhan pengganas PKK sedang berusaha untuk menempati kawasan-kawasan yang telah dibersihkan dari Daesh. ''Kami tahu adanya struktur PKK di Iraq. PKK ada di kawasan-kawasan seperti Kandil dan Sinjar. Turki akan meneruskan perjuangan bersama dalam pelbagai jenis perpaduan di semua kawasan ini.'' kata Erdoğan.

 

Akhbar Sabah: ''Yıldırım: pertumbuhan dua digit bukanlah kejutan''

Perdana Menteri Turki Binali Yıldırım, yang bercakap pada Forum Ekonomi Aegean di Izmir, menyatakan bahawa di Turki pertumbuhan ekonomi 7 peratus pada akhir tahun tidak akan menjadi kejutan. ''Kami telah membuat keputusan yang sangat penting yang akan membuka jalan Turki pada tahun 2017. Pertumbuhan mula meningkat. Turki pada 2018 akan lebih baik dari tahun 2017. Pada suku ketiga Turki akan menjadi negara yang paling berkembang dalam G-20. Jangan terkejut jika Turki mencapai bilangan dua digit.'' kata Yıldırım.

 

Haber Türk: "Eksport kenderaan Turki, berada di tempat pertama di Kesatuan Eropah "

Industri automotif Turki memecah rekod diatas rekod, stabil dan terus bergerak dalam jumlah yang meningkat. Turki pada eksport kenderaan di Kesatuan Eropah, mengambil tempat pertama pada tahun lepas dengan meninggalkan negara-negara gergasi seperti Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat di belakang.Negara-negara Kesatuan Eropah mengimport 3.4 juta kenderaan bermotor pada tahun lepas, bernilai kira-kira 45.7 bilion euro.

 

Akhbar Vatan: "enjin carian negara"

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Turkcell, yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan digital, telah memperkenalkan enjin carian tempatan 'Yaani'. Yaani, enjin carian tempatan yang pertama yang akan digunakan dalam kehidupan sehari-hari tersebut, boleh digunakan pada peranti mudah alih. 



Berita Terkait