PM Iraq: ''Kami Mahu Mengeksport Semula Minyak ke Turki''

Perdana Menteri Iraq, Haydar al-Ibadi, akan datang ke ibu negara Ankara hari ini untuk lawatan rasmi.

833890
PM Iraq: ''Kami Mahu Mengeksport Semula Minyak ke Turki''

Ibadi yang akan diterima oleh Presiden Recep Tayyip Erdoğan, juga akan bertemu dengan Perdana Menteri Binali Yıldırım.

Pada sidang akhbar mingguan di Baghdad, Perdana Menteri Iraq memaklumkan mengenai lawatannya ke Ankara.

"Di Turki, kita akan membahas isu strategik penting seperti meningkatkan jumlah dagangan antara kedua-dua negara, membangunkan hubungan ekonomi dan komersil yang lain, masalah air dan kawalan pintu sempadan. Kita mahu mengeksport semula minyak ke Turki dari saluran paip strategik Kirkuk (Kirkuk-Ceyhan) di Iraq.'' Kata Ibadi.

Ibadi yang menegaskan bahawa ada keperluan kerjasama yang serius dengan Turki untuk memastikan keselamatan rantau ini, beliau mengatakan:

''Mengenai masalah ini, kami akan membuat sebuah visi Iraq-Turki bersama. Turki mempunyai kekhawatiran yang serius dan benar tentang keberadaan pertubuhan pengganas PKK dan mengenai perpecahan rantau ini. Mereka juga menganggap referendum haram Kurdish Regional Government (KRG) yang telah berlaku pada 25 September sebagai ancaman keselamatan nasional.'' katanya.



Berita Terkait