Turki Mengecam Keras Serangan Masjid di Kabul-Afghanistan

Turki mengutuk serangan pengganas di sebuah masjid di Kabul, Afghanistan yang telah menewaskan 20 orang dan 40 lainnya mengalami cedera.

Turki Mengecam Keras Serangan Masjid di Kabul-Afghanistan

Dalam kenyataan bertulis yang dibuat oleh Kementrian Luar Negeri, menyatakan bahawa Turki merasakan kesedihan yang mendalam atas hilangnya nyawa korban dan cedera pada serangan yang mensasarkan sebuah masjid di Kabul.

Dalam kenyataan tersebut menyatakan:

''Kami sangat mengecam keras serangan kejam yang mensasarkan orang awam tidak bersalah yang sedang menjalankan ibadah, kami mengharapkan rahmat Allah bagi mereka yang kehilangan nyawa dan semoga mangsa cedera pulih dengan segera, kami ucapan takziah kepada kerajaan Afghanistan dan saudara-saudara kami rakyat Afghanistan. Serangan ini tidak akan melemahkan keputusan kami untuk terus memerangi keganasan. Turki akan terus bersatu padu dengan rakyat Afghanistan yang bersahabat dan bersaudara melawan keganasan dan memberi sokongan penuh kepada kerajaan Afghanistan." 



Berita Terkait