Seorang Tentera Terbunuh dalam Operasi Pengganas di Hatay-Turki

Peristiwa yang berlaku semasa operasi ahli pertubuhan pengganas di daerah Hassa di bandar Hatay-Turki, mengakibatkan satu tentera terbunuh.

731543
Seorang Tentera Terbunuh dalam Operasi Pengganas di Hatay-Turki

Sebuah kenyataan bertulis yang dibuat oleh jawatan gabenor, menyatakan bahawa sebuah operasi dimulakan pada 11 Mei untuk meneutralkan ahli-ahli pertubuhan pengganas yang beroperasi di kawasan Amanoslar.

Dalam kenyataan tersebut bertulis bahawa semasa operasi berlangsung, sebuah pertempuran berlaku dan dua orang ahli pasukan khas dan satu polis khas mengalami cedera, ''Salah satu mangsa cedera telah kehilangan nyawa. Mangsa cedera lainnya dalam keadaan baik dan tiada bahaya atas kehidupannya.'' Tulis kenyataan itu.

Dalam kenyataan juga dinyatakan bahawa siasatan terkait peristiwa tersebut telah dilancarkan.



Berita Terkait