Serangan Daesh di Iraq dan Turki Mengutuk Serangan Tersebut

Pada serangan bom kereta yang dilancarkan ke atas galeri kereta kemarin di Baghdad ibu negara Iraq, 47 orang tewas dan 50 orang cedera.

674640
Serangan Daesh di Iraq dan Turki Mengutuk Serangan Tersebut

Serangan berlaku pada wilayah galeri-galeri kereta Al-Beyya yang padat dengan penduduk awam.

Serangan tersebut diakui oleh pertubuhan pengganas Daesh.

Serangan berani mati yang juga dilancarkan pada galeri kereta di daerah As-Sadr di timur Baghdad juga menewaskan 12 orang dan 30 lainnya cedera.

Dilaporkan bahawa Turki mengutuk pengeboman tersebut.

Dalam satu kenyataan bertulis daripada Kementerian Luar Negeri Turki, menyatakan harapan Turki agar Allah memberi rahmat kepada orang-orang yang kehilangan nyawa dan mengharapkan kesembuhan untuk mereka yang cedera,

''Kami akan terus bertindak dalam perpaduan dan kesatuan dengan saudara kami Iraq dalam memerangi keganasan." ungkap kenyataan tersebut.



Berita Terkait