Pengganas Berada di Parlimen Jerman

Jerman kembali membuka pintu untuk pengganas.

608777
Pengganas Berada di Parlimen Jerman

Jerman menerima Salih Müslim seorang pemimpin PYD lanjutan pertubuhan pengganas PKK Syria yang 4500 failnya telah dikirim oleh Presiden Erdoğan kepada Jerman agar dia diekstradisi.

Pengganas Salih Müslim bertemu dengan timbalan Parti kiri di Parlimen Federal Jerman (Bundestag).

Pengganas bertemu dan makan bersama dengan Timbalan Parti Kiri Sevim Dağdelen dan Heike Haensel selama kira-kira dua jam.

Salih Müslim dengan kad tetamu bergantung dilehernya bersama dengan para delegasi kemudian meninggalkan kampus Bundestag.

Pertemuan yang mereka langsungkan semasa di Bundestag sedang melakukan perdebatan mengenai tentera-tentera Jerman yang sedang berada di markas İncirlik Adana akan diperpanjang tugasnya hingga 31 Disember 2017 dalam kerangka berjuang melawan ISIS, juga menjadi skandal yang berasingan.

Presiden Erdoğan pada kenyataan yang dibuat pada pekan lepas mengatakan;

''Saya sulit untuk memahami sebuah negara demokrasi yang merupakan salah satu daripada negara-negara utama Kesatuan Eropah melindungi dan menerima ahli-ahli pertubuhan pengganas PKK di negaranya. Jerman, anda membuat kami bimbang dengan pendirian anda, Anda memelihara keganasan. Dan keganasan ini akan menjadi bumerang yang juga akan menyerang anda. Turki tidak mengharapkan apa-apa dari anda, namun anda akan dikenang sepanjang sejarah kerana telah bersubahat dengan keganasan. Kami bimbang sekarang Jerman juga akan menjadi halaman belakang Pertubuhan Pengganas Fethullahist (FETÖ). Pertubuhan-pertubuhan pengganas seperti kalajengking''. katanya.



Berita Terkait