Satu Tentera Gugur Dalam Pertempuran dengan Pengganas di Şırnak Turki

Dalam pertempuran yang berlaku antara pasukan keselamatan dan para pengganas di Şırnak,satu tentera gugur dan 2 tentera mengalami cedera.

588928
Satu Tentera Gugur Dalam Pertempuran dengan Pengganas di Şırnak Turki

Di Hisarkapı Desa Ayvalık di daerah Betüşşebap,berlaku pertempuran antara para pengganas dengan pasukan keselamatan yang sedang menjalankan aktiviti operasi pencarian.

Dalam pertempuran itu 3 tentera mengalami cedera,salah satu diantaranya dalam keadaan sangat kritis.

Seorang tentera dengan cedera parah yang dilarikan ke hospital dengan helikopter,meninggal dunia di hospital.

Operasi masih berterusan untuk menangkap para pengganas yang melarikan diri ke kawasan hutan selepas pertempuran.
 



Berita Terkait