Ekstradisi 8 Tentera Turki yang Melarikan Diri ke Yunani

Duta Besar Uras juga menegaskan bahawa para tentera ini akan diadili seadil-adilnya di Turki.

Ekstradisi 8 Tentera Turki yang Melarikan Diri ke Yunani

Duta Besar Turki di Athens,Kerim Uras,pada pernyataannya terkait 8 tentera yang melarikan diri ke Yunani selepas percubaan rampasan kuasa pada 15 Julai,mengatakan kepada negara jiran;

''Jika ekstradisi tidak dilakukan,ini tak akan membantu hubungan kedua-dua negara.'' katanya.

Duta Besar Uras menegaskan bahawa ekstradisi pelaku rampasan kuasa di Yunani merupakan niat baik,beliau juga menekankan bahawa masalah ini sangat sensitif bagi Turki dan ''Para lelaki tersebut telah menembaki Perhimpunan Besar Negara Turki,menembak rakyat mereka sendiri,menembak rakan-rakannya sendiri. Ini bukanlah masalah hak asasi manusia.Orang-orang ini telah melakukan jenayah," katanya.

Duta Besar Uras juga menegaskan bahawa para tentera ini akan diadili seadil-adilnya di Turki.

Di sisi lain,8 tentera yang melarikan diri ke Yunani ini dengan alasan keamanan,ditahan di Rumah Tahanan Ferecik dan akan dipindahkan ke Kavala.



Berita Terkait