Rampasan Kuasa di Turki Tidak Berpengaruh pada Operasi Anti Pengganas AS

Seorang pejabat berwenang Kementrian Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mengatakan bahawa percubaan rampasan kuasa di Turki tidak pengaruhi operasi terhadap pengganas ISIS dan pasukan Amerika akan terus jalankan misinya dari sebuah pangkalan udara di Turki.

530673
Rampasan Kuasa di Turki Tidak Berpengaruh pada Operasi Anti Pengganas AS

Turki, sekutu NATO utama untuk AS, selama setahun terakhir membolehkan AS melancarkan serangan yang menargetkan militan ISIS di negara jiran Syria dari Pangkalan Udara Incirlik Turki.

Pangkalan udara itu berada di dekat sempadan dan memberikan manfaat besar untuk tentera AS, yang sebelum ini menerbangkan misinya jauh dari Teluk.

Pejabat tersebut juga mengatakan bahawa keadaan di Turki kini tak berpengaruh pada operasi melawan organisasi pengganas ISIS dari pangkalan udara Incirlik Turki,dan mereka masih menjalankan misi dari Pangkalan Udara Incirlik.

Di Turki ada kira-kira 2.200 personel tentera dan warga awan AS yang ditugaskan,temasuk juga 1.500 orang yang ditugaskan di Incirlik.



Berita Terkait