Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan akhbar Turki 03 Ogos

Ringkasan Akhbar Turki

Sekarang, kami akan menyampaikan ringkasan akhbar.

Akhbar Yeni Safak "Serangan ke atas gas asli Marmara"

Demi untuk menentukan pernentuan kehadiran sumber gas asli di rantau Marmara dan untuk mendapat keuntungan ekonomi di negara ini, pusat mencari gali gas asli yang baru akan dibuka di Kirklareli. 112 hari diperlukan untuk mencari gali gas asli di kawasan seluas 5000 meter persegi. Aktiviti carian akan dikerja oleh 28 orang.

 

Akhbar Vatan "Buatan Toyota Turki akan memecah rekod 50 ribu"

Toyota Turki membuat sasaran untuk jualan pada tahun 2015 bahawa jumlah jualan akan meningkat dari 42 ribu kepada 50 ribu unit. Ketua Pegawai Eksekutif Ali Haydar Bozkurt, "Buatan Corolla tempatan akan mencapai rekod positif yang bersejarah," katanya.

 

Akhbar Milliyet "Buka jalan bagi Titans"

Jenama gergasi dunia pengeluar rim dan tayar dari Amerika Syarikat, Titan Group yang bernilai 502 juta dolar telah mengambil keputusan untuk meningkatkan pelaburannya di Turki. Titan yang akan meningkatkan kemudahan pembuatan tayar di Aydin, berkata mereka berharap untuk menerokai lebih banyak pasaran di Eropah Timur dan Rusia.

 

Akhbar Vatan "Johan dalam Kimia Dunia"

Yalcin yang mengambil bahagian dalam Olympiad Kimia Antarabangsa yang ke-47 diadakan di Baku, Azerbaijan, berjaya memenangi pingat emas. "Sejak saya kecil, saya mendapat ilham selepas menonton sukan olimpik di TV, saya bercita-cita untuk mewakili Turki dalam satu hari dan mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia. Yalcin, seorang pelajar sekolah menengah dari Sekolah Sains Izmir, berkata beliau selalu belajar 10 hingga 11 jam sehari.


Akhbar Sabah "Lebih banyak Vitamin D perlu bagi orang gemuk dan berkulit gelap"

Kekurangan vitamin D dalam orang yang gemuk dan berkulit gelap. Orang berkulit putih perlu mendapat sinaran matahari selama 15 minit, manakala orang berkulit hitam perlu mendapatkannya selama 30 minit. Dr. Kemal Nazaroglu, Pakar Biokimia menyatakan bahawa kesedaran perlu ditingkatkan mengenai kekurangan vitamin D menyebabkan penyakit.

 

Akhbar Star "'Son Mektup' di Yerusalem"

Di Yerusalem, filem 'Son Mektup' telah ditayangkan dalam topik "Kemenangan tentera laut Canakkale 18 Mac 1915". Tayangan itu mendapat pujian besar dari rakyat Palestin. Para penonton amat berpuas hati menonton filem yang mengisahkan kemenangan dalam perang tentera Uthmaniyyah di Canakkale. Aktiviti sedemikian telah merapatkan Palestin dan Turki. Filem ini ditayangkan di bandar Ramallah pada hari sebelumnya.

 

Akhbar Hurriyet "Bakal bertanding dalam Festival Filem Venice"

Filem "Light Years", buatan British yang dibintangi Mohammed Uzuner akan dipertandingkan dari 02-12 September di Festival Filem Venice ke-72. Uzuner menyatakan bahawa filem itu akan bertanding dalam Seksyen Mingguan Pengkritik Filem Antarabangsa, ia mengisahkan tentang perkahwinan antara orang British yang bertemu di Istanbul dan menetap di UK.

 

Akhbar Milliyet "Senarai buku terlaris adalah detektif"

Buku bertajuk Eds Wahrheitsjager, menceritakan tentang Tamer Bakiner, salah satu detektif terkenal di Jerman yang berasal dari Turki, ia telah disenaraikan dalam senarai buku terlaris di pasaran pada tahun 2015.




Tags:

Berita Terkait