Resipi Masakan Turki (Köfte)

Köfte atau meatball adalah salah satu hidangan paling penting dalam masakan Turki.

1159824
Resipi Masakan Turki (Köfte)

 

Köfte atau meatball adalah salah satu hidangan paling penting dalam masakan Turki. Köfte adalah makanan yang sangat disukai oleh setiap orang, juga merupakan makanan yang dimasak di rumah-rumah juga di restoran-restoran. Menurut sumber-sumber yang berlainan, köfte mempunyai hampir 300 jenis. Biasanya ia diberi nama tempat dimana ia dibuat. Hampir setiap bandar mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis köfte. Sebagai contoh, köfte İzmir, köfte Tekirdağ, köfte Sivas. Jadi jika anda bertanya apakah köfte ini? Ia adalah ‘’sebuah makanan yang dihasilkan dengan mencampurkan daging kisar dengan rempah-rempah.’’ Bahan-bahan, rempah-rempah dan cara pembuatannya berbeza menurut daerah dimana ia dibuat, dan köfte itu diberi nama bandar dimana ia dibuat. Dalam program resepi masakan Turki hari ini, kami akan memberikan anda resipi köfte klasik yang paling mudah.

 

Mari kita sediakan bahan-bahannya sebelum kita membuat köfte;

1 bawang besar

2 keping roti kering

8-10 ranting parsley dicincang halus

500 g daging cincang

1 telur

1 sudu teh minyak zaitun

1 sudu teh jintan

1 sudu teh lada hitam

garam

 

Sampailah kita pada cara pembuatannya;

Untuk membuat köfte, beri air pada roti kering, peras dan biarkan seperti sejenis adunan. Kemudian parut satu bawang besar dalam mangkuk besar. Ke dalam mangkuk berisi bawang parut, masukkan daging kisar, roti yang telah dibasahi, telur, pasli cincang, lada hitam, jintan dan garam, kacaw dengan teliti sehingga tercampur rata. Ambil adonan sebesar walnut dan bulatkan. Kemudian ratakan dengan ketebalan 1 cm. Bentuk köfte sehingga adonan habis. Masak dalam kuali dengan sedikit minyak atau panggang tanpa minyak. Hidangkan selagi panas. Selamat menikmati.

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, hari ini kami telah memberikan anda resepi Köfte, salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki. Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.

 

 

 

 



Berita Terkait