Tempat-Tempat Di Dunia yang Diberikan Nama Atatürk

Adakah anda tahu bahawa di banyak negara di dunia terdapat tempat di mana nama Atatürk diberikan?

1421533
Tempat-Tempat Di Dunia yang Diberikan Nama Atatürk

Apakah Anda Tahu Tentang Inı (21)

Nama Ataturk, pemimpin yang dihormati di seluruh dunia, tinggal di monumen, patung atau tempat di luar negara-negara Eropah, dari India ke Mexico, dari Jepun ke Tunisia, dari Peru ke New Zealand.Salah satu negara ini,Santiago, ibu negara Chile, disebuah taman, perbandaran membuat relief yang  terdapat kata-kata Atatürk untuk contoh bagi orang-orang yang tinggal di bandar ini. Tugu ini mengandungi perkataan berikut:tPengasas Republik Turki, hamba yang taat dan setia pada tanah airnya, pahlawan yang unik, teladan ideal manusia ...

Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk Bangsa Turki dan memberikan semangat dan api kepada bangsanya.Kenanganya tidak pernah padam yang menjadikan semangat bangsa tetap membara, Ia hidup seperti obor.

 

Di bandar Yehud, Israel, di tugu yang dibina untuk mengenang Mustafa Kemal Atatürk, Atatürk: "Perdamaian di Negara, Perdamaian di Dunia'' tepat dibawah kata-kata ini,  terdapat kalimat, "Rakyat Turki dan Rakyat Israel yang Menyukai Turki, akan sentisas berterimakasih kepada anda." .

 

Patung negarawan asing pertama dan satu-satunya di Cuba adalah milik Atatürk. Di bawah patung pertama tersebut terdapat tulisan, dengan bahasa Turki dan Sepanyol, yang bertulisan, ''Pengasas Republik Turki, Perdamaian di Negara dan Perdamaian di Dunia''. Pada tahun 2011, patung Atatürk kedua, yang dibuat oleh pemahat Metin Yurdanur, atas permintaan pegawai pemerintah Cuba, ditempatkan di sebuah taman di Puerto Street, salah satu tempat kegemaran ibu kota Havana.

 

 



Berita Terkait