Risipi Masakan Turki (Helva)

Helva, yang mempunyai asal-usul dalam geografi yang luas dari Timur Tengah sehingga ke Asia Tengah, dalam budaya Turki mempunyai makna yang lebih bererti daripada sekedar hidangan pencuci mulut.

1128506
Risipi Masakan Turki (Helva)

 

Halwa atau dalam bahasa Turki ‘’Helva’’ adalah salah satu hidangan pencuci mulut yang dimiliki Turki. Helva, yang mempunyai asal-usul dalam geografi yang luas dari Timur Tengah sehingga ke Asia Tengah, dalam budaya Turki mempunyai makna yang lebih bererti daripada sekedar hidangan pencuci mulut. Misalnya, helva dibuat ketika ada seseorang yang meninggal dunia. Selain itu, helva disajikan selepas ada bayi yang lahir dalam keadaan sihat. Helva juga merupakan salah satu makanan yang mesti ada pada hari-hari suci.

Namun helva yang kita bincangkan ini bukanlah yang dikeluarkan secara industri, dijual dalam paket dan biasanya dibuat dengan tahini. Helva yang jadi topik dalam program kita hari ini adalah helva buatan rumahan yang terbuat dari tepung atau semolina yang dimasak dengan minyak kemudian ditambah air atau susu, dan ditambah gula atau madu. Helva jenis ini, yang dibuat dengan bahan-bahan yang sederhana, sesuatu yang penting agar kelezatannya dan yang rasanya nikmat adalah : kesabaran. Jika anda penasaran bagaimana rasa helva Turki buatan rumahan ini, inilah risipi helva yang terbuat dari tepung terigu atau biasa dipanggil ''Un Helvası''…….

 

Untuk membuat helva, bahan-bahannya adalah :

3 sudu butter

2 sudu minyak goreng

1 gelas tepung terigu

1 gelas gula

2 gelas air

2 sudu kacang pain

 

Cara membuat helva:

 

- Pertama, mula masak mentega, minyak, tepung dan kacang pain pada suhu rendah dalam periuk dengan bahagian bawah tebal. Kacau berterusan sehingga warna berubah menjadi kecoklatan. Anda perlu bersabar pada tahap ini.

- Pada masa yang bersamaan, buat sirap dengan mendidihkan air dan gula dalam periuk lain.

- Apabila warna campuran tepung telah berwarna kecoklatan, masukkan sirap secara perlahan, satu sudu pada satu masa, kemudian tuang perlahan dan kacau dengan cepat. Pastikan tepung tidak rumpun. Dengan cara ini, tuang semua sirap ke dalam campuran tepung tadi.

- Matikan kompor dan istirahatkan halva selama 10 minit.

-Bentuk helva sesuka hati dan hidangkan…

Jika anda mahukan anda boleh menggunakan susu sebagai pengganti air atau setengah air dan setengah susu.

Selamat menikmati….

 

Dalam program Resipi Masakan Turki, hari ini kami telah memberikan keterangan mengenai Un Helvası rumahan ala Turki. Sampai jumpa di program yang sama dengan kelezatan masakan Turki lainnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Berita Terkait