Resipi Masakan Turki (Karnıyarık)

Dalam program risipi masakan-masakan Turki, kami akan memuat banyak risipi masakan yang terbuat daripada terung. Inilah yang pertama, ‘’Patlıcan Karnıyarık’’.

1124007
Resipi Masakan Turki (Karnıyarık)

 

Tidak diragukan lagi, salah satu sayuran yang paling banyak digunakan dalam masakan Turki adalah terung. Sayuran berwarna ungu yang berasal dari India ini, masuk ke kuliner Turki dan menempati tempat yang utama. Oleh itu, anda boleh menjumpai beratus-ratus risipi masakan terung yang berbeza di Turki. Terung adalah bahan utama makanan pembuka dan makanan utama yang boleh dimasak dengan cara di oven, dimasak di kuali atau di dalam periuk, dengan atau tanpa daging, serta boleh dimakan semasa panas maupun sejuk.

 

Dalam program risipi masakan-masakan Turki, kami akan memuat banyak risipi masakan yang terbuat daripada terung. Inilah yang pertama, ‘’Patlıcan Karnıyarık’’. Terung dalam bahasa Turki adalah Patlıcan.

 

Untuk membuat ‘’karnıyarık’’ atau bisa kita sebut terung yang dibelah perutnya dan diisi dengan daging, bahan-bahan yang diperlukan adalah:

6 terung saiz kecil

200 gr daging kisar

2 biji bawang bombay ukuran sederhana

3 tomato

6 buah cili hijau

1 ulas bawang putih

1 sudu tomato paste

½ cawan minyak

garam, lada, cili merah

 

Bagi menyediakan makanan Karnıyarık;

- Kupas dahulu terung dari tangkai ke bawah dan biarkan dalam air garam selama setengah jam untuk mengelakkan minyak. Keluarkan dari air, basuh dengan teliti kemudian keringkan dan goreng dalam minyak.

-Semasa menunggu terung goreng sejuk, bawang bombay dan bawang putih yang telah dicincang kecil, goreng dalam periuk pan. Masukkan daging kisar dan masak sehingga warna daging berubah. Kemudian masukkan 2 tomato, garam dan rempah, kacau. Masak dengan api kecil selama 10 minit sehingga air tomato kering.

-Letakkan terung dalam dulang, potong dengan pisau membujur dan buka terung menyerupai perahu, letakkan isi daging yang telah dimasak ke dalam terung. Letakkan satu tomato dan satu cili hijau diatas terung.

-Di cup lain, tuang 1 sudu tomato, beri 1 ½ cawan air panas, kacaw dan tuangkan ke atas terung yang telah diisi dengan daging.

-Masak di oven yang telah dipanaskan 170 darjah selama 20-25 minit.

Selamat menikmati ...

 

Dalam program Resipi Masakan Turki, hari ini kami telah memberikan anda resipi "Terung Karnıyarık’’.

Sampai jumpa di program yang sama dengan kelezatan masakan Turki lainnya.

 

 

 



Berita Terkait