Resipi Masakan Turki (Aşure)

Dalam program ini, kami memberikan maklumat ringkas tentang budaya makanan Turki dan resipi dari masakan Turki.

1327063
Resipi Masakan Turki (Aşure)

 

Hari ini, kami akan memberikan resepi sebuah makanan yang boleh kita gambarkan sebagai pencuci mulut paling tertua di dunia. Ia bernama: ''Aşure''.

Aşure yang disediakan dengan mendidihkan kekacang dan pelbagai kacang seperti gandum, beans, chickpea, buah apricot kering dan buah ara, juga dikenal, sebagai ''Puding Nabi Nuh''. Kerana menurut kepercayaan umum, selepas taufan Nuh, Nabi Nuh dan orang-orang yang bersamanya mulai kehabisan makanan yang mereka bawa. Kemudian semua orang yang berada di dalam kapal mengumpulkan makanan yang tersisa di tangan mereka dan kemudian dimasak menjadi sup, dan sup tersebut adalah ''Aşure''. Di Turki, bulan Muharram menurut kalendar Hijrah adalah bulan Ashura; pada 10 Muharram atau lebih dikenali dengan hari ‘Asyura’. Aşure secara umumnya dimasak dalam tempoh istimewa ini, di mana banyak peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Aşure yang di masak didoakan, kemudian kerena ia dipercayai boleh menyembuhkan penyakit, pertama ia diberikan kepada orang-orang yang sakit dan kanak-kanak, kemudian diedarkan kepada jiran, rakan, dan kenalan di persekitaran. Walaupun mempunyai nama-nama yang berbeza, Aşure sebenarnya merupakan pencuci mulut yang juga dimasak di negara-negara yang berada di geografi yang dekat dengan Turki. Mengikut makna yang dikenakan oleh masyarakat yang menerapkan tradisi Aşure, bahan yang dimasukkan ke dalam Aşure, tarikh pembuatan dan tujuannya boleh berubah-ubah. Sebagai contoh, di Greece ini adalah makanan yang dibuat selepas orang mati, sementara ia dimakan sebagai makanan Krismas dan Tahun Baru di Armenia.

Di Turki, Aşure dimasak dengan mendidihkan gandum kupas, beans, Chickpea, apricot, walnut, anggur dan buah ara, bahan-bahan yang digunakan boleh berbeza dari rantau ke rantau. Hari ini kami akan berkongsi dengan anda resipi yang imasak secara umum. Tetapi dengan menggunakan kreativiti anda, anda boleh menambah apa sahaja yang anda mahu ke dalam Aşure. .

 

Mari kita sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Aşure...

 

2 cawan gandum yang telah dikupas

3 cawan gula

1/2 cawan beans

1/2 cawan chickpeas

1/2 cawan kismis

4 buah ara kering

4 buah aprikot kering

 

Untuk menghias:

kayumanis
walnut
buah delima

 

Kini tiba masa kita untuk memasak Aşure. Pertama, rendam semua kekacang dan gandum secara terpisah, biarkan semalaman. Pada hari berikutnya, masak gandum dengan 3 liter air sehingga lembut. Rebus beans dan chickpea dengan cara yang sama. Masukkan beans dan chickpea yang telah direbus ke dalam rebusan gandum dan rebus beberapa masa. Kemudian tambah gula dan kismis yang telah dibasuh. Kemudian tambahkan buah ara dan apricot kering yang telah dipotong kecil. Selepas memasaknya selama lima minit lagi, masukan hazelnut, aduk rata dan matikan api. Tuangkan Aşure yang telah masak selagi panas ke dalam mangkuk-mangkuk. Selepas agak sejuk, hias mangkuk-mangkuk dengan walnut, kayu manis dan buah delima. Selamat menikmati.

 

Dalam program Resipi Masakan Turki kali ini, kami telah memberikan resipi Aşure pencuci mulut yang penting dalam dapur Turki.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan risipi berbeza.

 



Berita Terkait