Jackie Chan akan Beri Penghargaan Bagi Mereka yang Menemukan Penawar Coronavirus

Pelakon terkenal, dalam pernyataannya menerusi rangkaian sosial yang bernama Weibo, menyatakan bahawa dia sudah bersedia melakukan segala yang memungkinkan untuk mencari rawatan terhadap wabak coronavirus yang tersebar dari Wuhan, China.

1356645
Jackie Chan akan Beri Penghargaan Bagi Mereka yang Menemukan Penawar Coronavirus

 

Pelakon filem aksi popular, Jackie Chan, mengumumkan bahawa dia akan memberi hadiah 1 juta yuan (kira-kira 143,000 dolar) kepada orang atau orang-orang yang mengembangkan penawar kepada coronavirus yang menyebabkan ketakutan besar di dunia.

Pelakon terkenal, dalam pernyataannya menerusi rangkaian sosial yang bernama Weibo, menyatakan bahawa dia sudah bersedia melakukan segala yang memungkinkan untuk mencari rawatan terhadap wabak coronavirus yang tersebar dari Wuhan, China.

"Tidak kira siapa orang atau organisasi yang membangunkan penawar. Sekiranya mereka berjaya, saya ingin berterima kasih dengan memberi mereka 1 juta yuan. Ia bukan mengenai wang. Saya tidak mahu melihat jalan-jalan yang penuh sesak sebelumnya menjadi kosong. Saya tidak mahu melihat rakyat saya berjuang dengan kematian apabila mereka perlu menikmati kehidupan." Katanya.

Sementara inisiatif Jakie Chan menerima pujian hebat dari hampir setiap bahagian dunia, kemudian Jakie Chan berkata,

"Sains dan teknologi adalah kunci untuk mengatasi virus itu. Saya fikir ramai orang mempunyai pendapat yang sama seperti saya. Saya harap penawar boleh didapati secepat mungkin."

Sebaliknya, filem terbaru Jackie Chan, Vanguard, tidak dapat dipertunjukkan kerana penutupan pawagam sebagai sebahagian daripada langkah yang diambil untuk mencegah penyebaran coronavirus.

 

 



Berita Terkait