Pelancongan di Turki (Cumalıkızık, Bursa)

Cumalıkızık dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2014 bersama dengan bandar Bursa. Wilayah ini penting untuk mengenal penubuhan Empayar Uthmaniyyah.

Pelancongan di Turki (Cumalıkızık, Bursa)

 

Di Kawasan Marmara di Turki, Cumalıkızık, sebuah kampung menawan yang mengekalkan tekstur sejarah aseli, dengan rumah-rumah dan jalan-jalannya yang otentik. Ia mengalu-alukan pelancong yang ingin tahu ''Bagaimanakah kehidupan kampung di Anatolia pada zaman Empayar Uthmaniyyah?

Cumalıkızık dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2014 bersama dengan bandar Bursa. Wilayah ini penting untuk mengenal penubuhan Empayar Uthmaniyyah.

''Bursa dan Cumakızlık: Lahirnya Empayar Uthmaniyyah'' Tapak Warisan Dunia, mencakupi 6 entiti di bandar Bursa. Ini adalah: Kompleks Orhangazi dan Kawasan Hanlar yang dikelilingi oleh Kompleks Hüdavendigar, Kompleks Yıldırım, Komplek Yeşil, Kompleks Muradiye dan Kampung Cumalıkızık (Cumalıkızık Köyü)...

Bursa, ibukota pertama Empayar Uthmaniyyah, dari awal abad ke-14 telah berkembang dari segi sosial, budaya dan perniagaan. Dalam zaman Uthmaniyyah, berpuluh-puluh masjid, madrasah, makam, penginapan, tempat mandi (hamam), almshouse, hospital, bazaar telah dibina. Model perbandaran Bursa telah menjadi contoh untuk kota-kota Uthmaniyyah-Turki yang ditubuhkan kemudian.

Tekstur tekstur yang kaya di Bursa, yang membolehkannya memasuki Senarai Warisan Dunia, mendedahkan kesan proses yang bermula dari sebuah negara Anatolia kepada empayar dunia.

Bangunan-bangunan yang dibina dalam tempoh kira-kira 700 tahun Empayar Uthmaniyyah, membawa para pelawat melakukan perjalanan ke masa itu.

13 km dari pusat bandar Bursa. Kampung Cumalıkızık, yang terletak di kaki gunung Uludağ, telah mengekalkan tekstur bersejarah dan cara hidupnya yang tradisional. Rumah-rumah khas yang mencerminkan gaya seni bina Uthmaniyah tempoh pertama, jalan-jalan batu pipih yang telah dibuat seperti saluran air bagi mengalirkan air pada musim hujan dan bangunan-bangunan monumentalnya bagaikan sebuah muzium terbuka.... Rumah-rumah bata, dinging-dinding yang berwarna, dan dengan air pancut jalanannya, membuat anda melupakan masa kini dan membawa anda ke masa lalu.

Walaupun Cumalıkızık menyambut beribu-ribu pelancong setiap tahunnya, pengeluaran pertanian di kampung masih berterusan. Penduduk kampung menjual produk mereka di gerai-gerai di dataran desa.

Kami mengesyorkan para pendengar kami yang akan melawat Bursa; untuk melihat Uludağ yang mempunyai keindahan semulajadi yang luar biasa, untuk pergi ke mata air panas yang terkenal dengan airnya yang boleh menyembuhkan penyakit, untuk membeli sutera Bursa, mencicipi kelazatan tradisional yang terkenal seperti Iskender Kebab, pencuci mulut Kemalpaşa dan gula chestnut (kestane şekeri).

 

 

 



Berita Terkait