Resipi Masakan Turki (Ayran Aşı Çorbası)

Dalam program ini, kami memberikan maklumat ringkas tentang budaya makanan Turki dan resipi dari masakan Turki.

Resipi Masakan Turki (Ayran Aşı Çorbası)

 

Yogurt, yang terbentuk sebagai hasil penapaian susu, mempunyai tempat istimewa dalam budaya masakan Turki. Kadang-kadang ia menjadi sauce di atas makanan, terkadang menjadi bahan utama sebuah masakan dan terkadang juga dicampur dengan air yang kemudian menjadi minuman bernama ‘’Ayran’’. Adakah anda tahu bahawa yogurt telah merebak ke dunia berkat orang-orang Turki?, bahkan kata yogurt juga berasal dari Bahasa Turki. Makanan super ini, yang telah banyak diketahui di dunia sejak abad ke-19, telah digunakan dalam masakan Turki selama berabad-abad. Secara semula jadi, terdapat banyak resipi dalam masakan Turki yang dibuat dengan yogurt. Berikut adalah salah satu daripadanya; ‘’Ayran Aşı Çorbası".

Hari ini kita akan berkongsi dengan anda resipi sup ini, yang juga dikenali sebagai "sup sejuk’’. .. Bahan utama adalah yogurt, gandum dan chickpea, yang disediakan tanpa memasak dan dimakan dalam keadaan sejuk, sup ini adalah satu alternatif yang sangat sihat untuk hari-hari di musim panas.

 

Ayran Aşı Çorbasi sangatlah mudah dibuat! Mari kita sediakan bahannya terlebih dahulu.

½ cawan chickpeas

1 cawan gandum

3 cawan yogurt

5 cawan air

1 sudu teh pudina kering atau segar

garam

lada hitam

 

Sudah tiba masanya untuk menyediakan Ayran Aşı Çorbası. Pertama, rendam gandum dan chickpeas semalaman. Anda juga boleh menggunakan chickpeas siap pakai jika anda inginkan. Keesokan harinya, buang air rendaman dan basuh, kemudian tambahkan air yang cukup dan didihkan. Apabila ia mendidih, kecilkan api sedikit dan masak sehingga gandum dan chickpeas lembut. Sekiranya anda menggunakan chickpeas siap pakai, tambahkan kekacang apabila gandum hampir masak. Selepas gandum dan chickpeas masak, biarkan sejuk. Kacau yogurt bersama garam dan lada. Tambahkan gandum dan chickpeas yang telah sejuk dan kacau rata. Biarkan sejuk di dalam peti sejuk. Apabila ia sejuk, tambahkan dengan pudina kering atau pudina segar atau dill. Selamat menikmati ...

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi Ayran Aşı Çorbası, salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki...

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.

 



Berita Terkait