Resipi Masakan Turki (Revani)

Dalam program ini, kami memberikan maklumat ringkas tentang budaya makanan Turki dan resipi dari masakan Turki.

Resipi Masakan Turki (Revani)

 

Kali ini dalam program resipi masakan Turki kita akan membahas dan membuat sebuah makanan yang berasal daripada dapur istana Uthmaniyyah.

Nama makanan yang masuk ke dalam kategori pencuci mulut ini adalah ‘’Revani’’. Revani adalah pencuci mulut yang dibuat daripada cake yang terbuat dari semolina dan disiram dengan air gula. Pencuci mulut ini adalah makanan dari dapur istana Uthmaniyyah yang tidak dilupakan. Pencuci mulut ini sangat mudah dibuat dan sangat digemari, saat ini anda boleh menjumpai Revani baik di restoran-restoran maupun di rumah-rumah.

Terdapat khabar angin yang terkenal mengenai kemunculan pencuci mulut Revani. Pada abad ke-17, Sultan Murat IV menakluki bandar Yerevan, Armenia. Untuk meraikan kemenangan ini, para koki istana membuat pencuci mulut yang belum pernah dibuat sebelum ini. Pencuci mulut itu dinamakan Revani yang berasal dari kata ‘’Revan’’, yang merupakan nama Yerevan pada masa itu. Revani yang merupakan peninggalan dapur Uthmaniyyah, di beberapa kawasan di Turki juga dikenal sebagai "sünger tatlısı" atau  ‘’pencuci mulut yogurt".

Sekarang mari kita lihat apa saja bahan yang diperlukan dan bagaimana cara membuat Revani..

 

Mari kita menghitung bahan yang kita perlukan untuk membuat Revani;

4 telur

1 cawan gula

1 cawan yogurt

1 cawan minyak

1 cawan semolina

2 cawan tepung

1 pakej baking powder

1 keping kulit lemon parut

4 cawan gula

5 cawan air

½ air lemon

2 sudu kelapa parut

 

Kini tiba masa kita membuat Revani. Pertama, untuk menyediakan air gula;  masukan gula dan air ke dalam periuk. Selepas mendidih selama kira-kira 30 minit dengan api yang rendah, tambah air lemon dan angkat periuk, biarkan hangat. Kemudian kocok telur dan gula dengan bantuan mixer sehingga gula menjadi cair. Kemudian, masukan; minyak, yogurt, vanila, kulit lemon parut, semolina, tepung terigu dan baking powder teruskan mengocoknya dengan mixer. Oleskan mentega ke loyang kue dan tuangkan adonan ke dalamnya. Bakar dalam ketuhar 180 darjah yang telah dipanaskan sebelumnya, masak selama 30 minit. Tuangkan air gula yang telah hangat ke atas cake panas yang keluar dari ketuhar. Potong cake selepas air gula menyerap, hias dengan kelapa parut dan siap.

Selamat menikmati!

 

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi ‘’ Revani ’’, salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.

 



Berita Terkait