Pelancongan di Turki (Bergama)

Bergama, salah satu pusat kebudayaan dan seni tamadun yang paling indah, dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2014.

Pelancongan di Turki (Bergama)

 

Bahagian Barat Turki, terutamanya kawasan-kawasan berhampiran pantai Laut Aegean, sangat kaya daripada segi arkeologi.

Kawasan Pemandangan Budaya Multilayer Bergama, adalah salah satu tapak arkeologi ini... Kira-kira berjarak 100 km dari Izmir, ia adalah tempat tinggal bagi banyak budaya pada tempoh-tempoh berbeza, mempunyai pemandangan bandar bersejarah yang luar biasa, yang memperlihatkan tahap-tahap penting dalam perkembangan kemanusiaan.

Bergama, salah satu pusat kebudayaan dan seni tamadun yang paling indah, dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2014.

Kawasan Pemandangan Budaya Multilayer Bergama, menjadi tuan rumah zaman Helenistik, Rom, Rom Timur dan Uthmaniyyah. Penempatan secara berturut-turut semua budaya yang berbeza ini membuat Bergama membentuk bandar yang unik dan mencerminkan seni bina yang monumental.

Kawasan ini terdiri daripada sembilan komponen iaitu: Pergamon, Tempat Suci Kibele,  İlyas Tepe, Yığma Tepe, İkili, Tavşan Tepe, X Tepe, A Tepe ve Maltepe Tumuli.

Bandar, yang dipanggil Pergamon dalam teks kuno, telah menjadi ibu kota dinasti Attalos pada 200 SM; telah menjadi pusat budaya, sains dan politik. Di samping bangunan seperti kuil, istana dan teater, sebuah perpustakaan besar juga telah ditubuhkan.

Selepas Bergama berpindah tangan ke orang-orang Rom pada tahun 133 SM, Asclepion telah ditubuhkan sebagai salah satu pusat kesihatan yang paling penting dalam tempoh tersebut.

Bandar ini mula kehilangan kepentingannya semasa zaman Byzantine. Perubahan laluan perdagangan telah membawa kepada transformasi Bergama menjadi sebuah bandar bersaiz sederhana.

Bandar purba memasuki pentadbiran Empayar Uthmaniyyah pada permulaan abad ke-14. Dalam tempoh ini, ia telah berkembang dan mengalami perubahan budaya baru. Mandian (Hamam), jambatan-jambatan, penginapan, kedai-kedai dan tempat pasar yang mencerminkan budaya Uthmaniyyah telah dibina.

Penggalian pertama di Bergama bermula pada tahun 1870-an. Hari ini kebanyakan penemuan bandar purba telah ditemui. Beberapa penemuan yang dijumpai semasa penggalian, dipamerkan di muzium arkeologi pertama Turki, Muzium Pergamon (Bergama).

Acropolis Pergamon, di mana keluarga raja, penguasa dan komandan tinggal, mempunyai ciri-ciri seni bina luar biasa. Kuil Athena, bangunan yang paling penting, malangnya saat ini hanya asas-asasnya yang tersisa. Aselinya berada di Muzium Pergamon yang ada di Berlin. Satu lagi bangunan penting, Altar Zeus, juga dipamerkan di Berlin.

Kuil Agora, Kuil Dionysus dan perpustakaan dengan 200 ribu buku pada masa itu adalah temasuk bangunan penting lainnya. Buku-buku ini dianggap telah diberikan kepada Ratu Mesir Cleopatra sebagai hadiah perkahwinan oleh Marcus Antonius, salah satu daripada komandan Romawi.

 

Bangunan yang paling penting selepas kuil di tamadun Yunani kuno dan Rom adalah teater. Teater Bergama dibina di lereng bukit yang curam dan terkenal sebagai teater yang paling curam di dunia. Ia mempunyai kapasiti penonton sebanyak 10 ribu orang.

Dalam bahagian yang disebut Lower City, terdapat agora, sekolah arca, rumah-rumah dan Kuil Serapis. Kuil yang menjadi gereja kerana Rom sebagai Kristian, adalah satu-satunya gereja yang disebut dalam Alkitab Injil yang termasuk diantara tujuh gereja.

Kuil Demeter, gimnasium yang dibina untuk acara-acara perlawanan sukan, merupakan bangunan-bangunan penting lain di bandar.

Di bandar purba yang telah berkembang ini, terdapat juga pusat kesihatan. Asklepion, pusat perubatan purba yang dibina atas nama dewa kesihatan dan kedokteran Asclepius, juga dikenali sebagai hospital psikiatri pertama di dunia.

Kami mengesyorkan anda yang akan melawat Bergama untuk melihat bandar penting Anatolia purba ini; untuk mengambil manfaat daripada sumber-sumber air panas yang menyembuhkan, juga mencicipi tulum peynir (keju khas tempatan) dan pencuci mulut lokma.

 

 

 



Berita Terkait