Fitch Ratings Tingkatkan Ramalan Pertumbuhan Mereka untuk Turki

Dalam laporan terakhir, dinyatakan bahawa Turki berada di antara ekonomi berkembang bersama-sama dengan China.

1603527
Fitch Ratings Tingkatkan Ramalan Pertumbuhan Mereka untuk Turki

 

Agensi penarafan kredit antarabangsa Fitch Ratings telah meningkatkan ramalan pertumbuhan tahun 2021 dan 2022 untuk Turki.

Dalam laporan "Global Economic Outlook", Fitch Ratings melaporkan bahawa Turki dijangka tumbuh 6.7 peratus pada tahun 2021, sementara pada tahun 2022 ia dijangka tumbuh 4.7 peratus.

Dalam laporan sebelumnya yang diterbitkan pada bulan Disember 2020, Fitch Ratings menyatakan bahawa Turki dijangka tumbuh 3.5 peratus pada tahun 2021 dan 4.5 peratus pada tahun 2022.

Dalam laporan terakhir, dinyatakan bahawa Turki berada di antara ekonomi berkembang bersama-sama dengan China.

Dalam laporan yang menekankan bahawa sokongan monetari dan kredit yang kuat, telah menyokong pertahanan ekonomi Turki pada tahun 2020, dinyatakan bahawa inflasi di Turki dijangka menurun kepada 11,5 peratus pada akhir tahun 2021, dan kepada 9.2 peratus pada akhir tahun 2022.



Berita Terkait