Presiden Rusia: ''Keadaan di Pasaran Minyak Global Sangat Rumit''

Di ibu negara Moscow, Putin bertemu dengan ketua-ketua syarikat minyak Rusia, serta beberapa pegawai dari Istana Presiden (Kremlin) dan kabinet, melalui persidangan video.

1391159
Presiden Rusia: ''Keadaan di Pasaran Minyak Global Sangat Rumit''

 

"Ia adalah perlu untuk mengurangkan pengeluaran minyak global sebanyak 10 juta tong sehari dan melakukan ini dalam rangka kerja perkongsian." Kata Presiden Rusia, Vladimir Putin.
 

Di ibu negara Moscow, Putin bertemu dengan ketua-ketua syarikat minyak Rusia, serta beberapa pegawai dari Istana Presiden (Kremlin) dan kabinet, melalui persidangan video.

Presiden Rusia Putin menjelaskan bahawa keadaan di pasaran minyak global sangat rumit,

"Wabak coronavirus menjejaskan hampir keseluruhan ekonomi dunia, dan permintaan minyak jatuh mendadak. Ini menimbulkan risiko teknologi dan ekologi." Ungkapnya.

Putin menegaskan bahawa pengeluaran minyak global harus dikurangkan berikutan permintaan minyak yang jatuh.

"Ia adalah perlu untuk mengurangkan pengeluaran minyak global sebanyak 10 juta tong sehari, dan ini perlu dilakukan dalam kerangka perkongsian." Tambahnya.

 



Berita Terkait