Memerangi Wabak Covid-19, Di China Wang Kertas Dibasmi Kuman

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan "kecemasan" apabila coronavirus jenis baru, yang pertama kali dikesan di Wuhan pada 12 Disember, merebak ke bandar dan negara lain dalam masa yang singkat.

1360948
Memerangi Wabak Covid-19, Di China Wang Kertas Dibasmi Kuman

 

Di China, dalam konteks memerangi wabak jenis baru coronavirus (Covid-19), wang kertas dibasmi kuman.

Menurut berita yang dimuat di Xinhua, dalam satu kenyataan daripada Bank Pusat China, diumumkan bahawa untuk mencegah penyebaran Covid-19 lebih lanjut,  wang kertas yang telah digunakan telah "dikuarantin".

Kenyataan itu berkata bahawa wang-wang kertas yang dibasmi kuman dengan sinar ultraviolet dan suhu tinggi akan disimpan dalam peti besi selama 7 hingga 14 hari.

Bank Pusat menyatakan bahawa apabila diperlukan bank-bank boleh memberi pelanggan wang baru yang belum digunakan, wang-wang kertas yang ''dikuarantin'' akan mula disebar semula selepas menamatkan tempoh pemerhatian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan "kecemasan" apabila coronavirus jenis baru, yang pertama kali dikesan di Wuhan pada 12 Disember, merebak ke bandar dan negara lain dalam masa yang singkat.

Di China, akibat wabak coronavirus jenis baru (Covid-19), bilangan kematian di seluruh negara meningkat kepada 1.771.

Jumlah kes Covid-19 yang dikesan di negara ini mencapai 70 ribu 548.

 



Berita Terkait