Emiriah Arab Bersatu Hapus Aduannya ke WTO Mengenai Qatar

Dengan keputusan bersama yang diambil pada 5 Jun 2017, Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan UAE mengumumkan bahawa mereka telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Emiriah Arab Bersatu Hapus Aduannya ke WTO Mengenai Qatar

 

Emiriah Arab Bersatu (UAE), menyatakan bahawa mereka telah menghapus aduannya kepada Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) pada bulan Januari kerana ''Qatar melarang produk-produknya.''

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Kementrian Luar UAE, menyebutkan bahawa keputusan ini diambil selepas Qatar tidak lagi melakukan diskriminasi terhadap produk-produk UAE.

Dengan keputusan bersama yang diambil pada 5 Jun 2017, Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan UAE mengumumkan bahawa mereka telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Kemudian, negara-negara ini mula mengenakan sekatan ekonomi dan politik terhadap Qatar.

Dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi dan Perdagangan Qatar pada 26 Mei 2018, telah diminta untuk penyingkiran semua produk yang berasal dari 4 negara ini.

 


Tags: qatar , UAE , WTO

Berita Terkait