Iran Haramkan Semua Jenis Urus Niaga Menggunakan Wang Kripto Bitcoin

Iran, yang mempunyai masalah dalam perdagangan antarabangsa akibat sekatan Amerika Syarikat (AS), telah mempercepatkan urusniaga yang dibuat dengan mata wang kripto bersama dengan kenaikan harga Bitcoin.

Iran Haramkan Semua Jenis Urus Niaga Menggunakan Wang Kripto Bitcoin

Iran mengharamkan semua jenis urus niaga yang menggunakan mata wang kripto Bitcoin.

Bercakap kepada agensi berita semi rasmi Iran, Tasnim, Timbalan Gabenor Bank Sentral Iran, Nasser Hakimi, mendedahkan bahawa kerajaannya mengharamkan transaksi dengan Bitcoin dan larangan ini merupakan keputusan Majlis Tertinggi yang Memerangi Pengubahan Wang Haram.

Hakimi memberi amaran kepada pengguna mata wang kripto mengenai risiko melabur dengan wang berkenaan.

"Di Iran pembelian dan penjualan Bitcoin dilarang. Bitcoin mempunyai risiko undang-undang kerana gelombang harga yang terlalu tinggi. Oleh itu, saya nasihatkan warga negara Iran untuk tidak terlibat dalam permainan ini," katanya.

Walaupun begitu, pengeluaran Bitcoin di negaranya masih tidak diharamkan, tambahnya.

Kepala Badan Penanggulangan Penyeludupan Barang dan Pertukaran Asing, Ali Muayyidi, dalam satu kenyataan kepada media di Tehran, membuat amaran bahawa kerajaan mengharamkan semua urus niaga dengan Bitcoin dan mereka yang tidak mematuhi larangan itu akan menerima akibat yang serius.

Berita Terkait