Gazprom Tawarkan Diskaun pada Harga Gas Asli ke Ukraine

Pada November 2015, Ukraine menghentikan import gas asli dari Rusia. Perjanjian antara kedua-dua negara mengenai pembekalan gas asli dan penghantaran gas Rusia ke Eropah melalui Ukraine akan tamat pada penghujung tahun 2019.

Gazprom Tawarkan Diskaun pada Harga Gas Asli ke Ukraine

Presiden syarikat tenaga Rusia Gazprom, Aleksey Miller, berkata bahawa mereka bersedia untuk membekalkan Ukraine gas asli dengan diskaun 25 peratus.

Dalam rangka Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg (SPIEF), Miller mengadakan pertemuan dengan Viktor Medvedchuk dan Yuriy Boyko, para ketua Platform Pembangkang pro-Rusia di Ukraine.

Dalam pertemuan itu Miller menyinggung rundingan-rundingan mengenai gas asli yang dilakukan antara Ukraine dengan Gazprom.

‘’Sebuah perjanjian mengenai penjualan gas asli ke Ukraine, lebih penting daripada perjanjian mengenai gas yang akan dihantar ke Eropah melalui Ukraine.’’ Katanya.

Miller menegaskan bahawa Gazprom boleh memberikan diskaun pada gas asli yang dijual ke Ukraine, ‘’Kami bersedia memberikan diskaun 25 peratus pada harga gas asli yang akan dibekalkan ke Ukraine.’’ Katanya.

Berita Terkait