PBB Minta Bantuan Bernilai 164 Juta Dolar untuk Rakyat Palestin

Permintaan bantuan bernilai 164 juta dolar itu merangkumi rayuan pertolongan cemas 38 juta dolar pertama yang dibuat oleh UNRWA pada 19 Mei.

1663092
PBB Minta Bantuan Bernilai 164 Juta Dolar untuk Rakyat Palestin

 

Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) telah meminta bantuan dan pemulihan kemanusiaan bernilai 164 juta dolar untuk rakyat Palestin selepas 11 hari serangan udara Israel bulan lepas.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB Stephane Dujarric, pada sidang media harian mengatakan,
"Panggilan hari ini termasuk tindakan tanggap darurat yang dilaksanakan oleh UNRWA di Gaza dan Tebing Barat selama periode 10-31 Mei, di samping keperluan pemulihan awal pelarian Palestin di Tebing Barat dan Gaza, termasuk Jerusalem Timur."

Dujarric menytakan bahawa permintaan bantuan bernilai 164 juta dolar itu merangkumi rayuan pertolongan cemas 38 juta dolar pertama yang dibuat oleh UNRWA pada 19 Mei.

Menekankan bahawa konflik baru-baru ini telah membawa dampak buruk kepada rakyat Gaza dan pelarian Palestin, jurucakap itu mengatakan, "Kesan trauma ini yang mereka alami akan terus berlanjut." 

Serangan yang dilancarkan oleh Israel di Jalur Gaza yang dikepung pada 10 Mei berakhir pada 21 Mei, sejalan dengan gencatan senjata yang dicapai dengan Hamas.

Dalam serangan Israel di Gaza, 254 orang Palestin, termasuk 66 kanak-kanak dan 39 wanita, kehilangan nyawa mereka, 1948 cedera, dan beribu-ribu bangunan musnah sama sekali atau tidak dapat digunakan.



Berita Terkait