NASA Kritik China Terkait Roket Long March 5B Hilang Kawalan

Roket Long March 5B, yang dilancarkan ke orbit pada 29 April untuk membawa modul teras Stesen Angkasa China dan hilang kawalan, terhempas di Lautan Hindi berhampiran Maldives.

1637074
NASA Kritik China Terkait Roket Long March 5B Hilang Kawalan

 

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), mengkritik China, "gagal memenuhi tanggungjawab standardnya", ketika roketnya jatuh ke Lautan Hindi secara tidak terkawal.

Pentadbir NASA Bill Nelson, dalam satu kenyataan menerusi akaun media sosialnya, berkata;

"Negara-negara yang melakukan perjalanan angkasa perlu meminimumkan risiko terhadap manusia dan harta benda ketika kenderaannya kembali ke Bumi. China tidak memenuhi tanggungjawab standardnya untuk puing-puing kenderaan ruang angkasanya," katanya.

Roket Long March 5B, yang dilancarkan ke orbit pada 29 April untuk membawa modul teras Stesen Angkasa China dan hilang kawalan, terhempas di Lautan Hindi berhampiran Maldives.



Berita Terkait