WHO: ''Pusat Global Baharu Sistem Peringatan Awal untuk Virus Masa Depan akan Diwujudkan di Berlin''

Salah satu pelajaran daripada Covid-19 adalah bahawa dunia perlu membuat lompatan yang signifikan dalam analisis data bagi membantu para pemimpin membuat keputusan kesihatan awam yang tepat

1634789
WHO: ''Pusat Global Baharu Sistem Peringatan Awal untuk Virus Masa Depan akan Diwujudkan di Berlin''

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Jerman mengumumkan bahawa sebuah pusat global baharu yang akan menjadi sistem peringatan awal untuk virus masa depan, akan diwujudkan.

Pada sidang media di ibu pejabat organisasi itu di Geneva, Switzerland, Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah WHO, mengatakan bahawa pusat baharu itu akan didirikan di Berlin, ibukota Jerman, dan akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan dari seluruh dunia.

Ghebreyesus menekankan bahawa kajian untuk penubuhan pusat ini telah berterusan sejak tahun lepas,

"Salah satu pelajaran daripada Covid-19 adalah bahawa dunia perlu membuat lompatan yang signifikan dalam analisis data bagi membantu para pemimpin membuat keputusan kesihatan awam yang tepat," jelasnya.

Canselor Jerman Angela Merkel, yang menghadiri pertemuan itu melalui mesej video, berkata:

"Pandemik Covid-19 yang berlaku sekarang telah mengajarkan kita bahawa kita mesti bersama-sama melawan pandemik dan wabak (akan datang)," katanya.

Merkel menyampaikan bahawa pusat baharu yang dikendalikan WHO di Berlin akan menjadi platform untuk mencegah wabak global dengan sumbangan pelbagai wakil kerajaan, akademik dan swasta.

Menteri Kesihatan Jerman Jens Spahn juga mengatakan bahawa pusat itu akan menjadi pusat global untuk mengantisipasi, mencegah, mengesan, mempersiapkan dan menanggapi risiko pandemik dan wabak.

 



Berita Terkait