Rusia Beri Masa 72 Jam untuk Konsulat Jeneral Ukraine Meninggalkan Rusia

Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB), menahan Alexander Sosonyuk, Konsulat Jeneral Ukraine di St. Petersburg, dengan alasan memberikan maklumat sulit.

1623219
Rusia Beri Masa 72 Jam untuk Konsulat Jeneral Ukraine Meninggalkan Rusia

 

Rusia memutuskan untuk mengusir Alexander Sosonyuk, Konsulat Jeneral Ukraine di St. Petersburg, yang ditahan dengan alasan memberikan maklumat sulit.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Kementerian Luar Rusia, disampaikan bahawa Vasiliy Pokotilo, Kuasa Usaha dari Kedutaan Ukraine di Moscow, telah dipanggil ke kementerian itu.

Alexander Sosonyuk, Konsulat Jeneral Ukraine di St. Petersburg didakwa melakukan aktiviti "haram" di Rusia, dinyatakan bahawa tindakan tersebut tidak dapat diterima dan membahayakan kepentingan keselamatan Rusia.

"Konsul itu dicadangkan untuk meninggalkan Rusia dalam 72 jam sejak 19 April," Kata kenyataan itu.

Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB), menahan Alexander Sosonyuk, Konsulat Jeneral Ukraine di St. Petersburg, dengan alasan memberikan maklumat sulit.

Selain itu, Jurucakap Kementerian Luar Ukraine Oleg Nikolenko, menggambarkan penahanan Sosonyuk sebagai "provokasi Rusia" dan mengumumkan bahawa mereka akan bertindak balas terhadap perkara ini.



Berita Terkait