Reaksi Palestin dan Israel Terhadap Keputusan ICC

Fatou Bensouda mengumumkan bahawa penyelidikan telah dilancarkan terhadap jenayah perang yang didakwa dilakukan di Yerusalem Timur dan Tebing Barat yang dijajah sejak 13 Jun 2014, serta di Jalur Gaza yang disekat.

1594666
Reaksi Palestin dan Israel Terhadap Keputusan ICC

 

Palestin menyambut baik pengumuman oleh Fatou Bensouda, Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), bahawa "siasatan terhadap jenayah perang yang didakwa dilakukan di wilayah Palestin yang dijajah dan disekat telah dimulaikan".

"Langkah yang ditunggu-tunggu ini menolong upaya tanpa kenal lelah Palestin bagi memastikan keadilan dan pertanggungjawaban, yang merupakan asas yang sangat diperlukan bagi perdamaian yang dituntut dan layak dimiliki oleh rakyat Palestin." Kata Kementrian Luar Palestin dalam satu kenyataan bertulis.

Kenyataan itu menyebutkan bahawa pentadbiran Palestin bersedia membantu (ICC) jika diperlukan dan meminta agar siasatan dapat diselesaikan dengan pantas,

"Kejahatan yang dilakukan oleh pemimpin pendudukan Israel terhadap rakyat Palestin adalah berterusan, sistematik dan berleluasa." Katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mendakwa bahawa keputusan Ketua Pendakwa ICC Fatou Bensouda adalah "antisemitic" dan "hipokrit".

Netanyahu menuduh ICC bersikap berat sebelah,

"Kami akan terus memperjuangkan kebenaran dan kami akan membatalkan keputusan ini." Katanya.

Ketua Pendakwa Fatou Bensouda mengumumkan bahawa penyelidikan telah dilancarkan terhadap jenayah perang yang didakwa dilakukan di Yerusalem Timur dan Tebing Barat yang dijajah sejak 13 Jun 2014, serta di Jalur Gaza yang disekat.

 



Berita Terkait