PBB Kerahkan Pasukan Pemerhati ke Libya

Stephane Dujarric mengatakan pasukan itu tiba di Libya malam tadi

1595019
PBB Kerahkan Pasukan Pemerhati ke Libya

 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengerahkan pasukan kecil bagi menyokong mekanisme pemantauan gencatan senjata di Libya.

Pada taklimat akhbar harian, Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric mengatakan pasukan itu tiba di negara itu malam tadi dan akan menyokong mekanisme pemantauan gencatan senjata yang dipimpin Libya dalam perundingan rapat dengan suruhanjaya tentera 5 + 5.

Jurucakap Stephane Dujarric tidak berkongsi maklumat mengenai jumlah pasukan yang dihantar ke Libya.

PBB telah mengumumkan bahwa mereka akan mengerahkan pemerhati antarabangsa di Libya bagi memastikan gencatan senjata kekal dan bagi mengawal gencatan senjata.

Jawatankuasa Tentera Bersama 5 + 5 telah meminta penempatan pemerhati antarabangsa yang tidak bersenjata dan tidak berseragam di bawah pengawasan PBB di Libya.



Berita Terkait