Iraq: ''Dengan Letupan di Baghdad, Daesh Memberi Mesej Ia Masih Ada''

Pihak berkuasa keselamatan Iraq telah mengumumkan bahawa 32 orang terkorban dalam serangan itu dan 110 orang yang lain cedera.

1568765
Iraq: ''Dengan Letupan di Baghdad, Daesh Memberi Mesej Ia Masih Ada''

 

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Iraq  Khaled al-Muhanna menyatakan bahawa organisasi pengganas Daesh berada di belakang letupan di ibu kota Baghdad.

Khaled al-Muhanna membuat kenyataan kepada sebuah stesen TV tempatan di Baghdad mengenai orang-orang yang bertanggungjawab atas serangan itu yang mengorbankan 32 orang.

Khaled al-Muhanna menyatakan bahawa organisasi pengganas Daesh berada di belakang serangan bunuh diri yang menyasarkan pasar, 

"Daesh berada di belakang letupan itu, walaupun ia tidak mengaku bertanggungjawab. Dengan letupan ini, Daesh ingin memberi mesej bahawa ia masih ada.'' Katanya.

Dua serangan bunuh diri dianjurkan semalam berturut-turut, di pasar di mana barang dan pakaian terpakai dijual di Tayaran Square, ibu kota Iraq, Baghdad.

Pihak berkuasa keselamatan Iraq telah mengumumkan bahawa 32 orang terkorban dalam serangan itu dan 110 orang yang lain cedera.



Berita Terkait