PKK Mengaku Bertempur di Barisan Armenia di Nagorno-Karabakh

Terbukti sekali lagi bahawa pengganas PKK berada di barisan Armenia sebelum perjanjian yang ditandatangani di Nagorno-Karabakh (10 November).

1536010
PKK Mengaku Bertempur di Barisan Armenia di Nagorno-Karabakh

 

Seseorang yang disebut pengurus organisasi pengganas pemisak PKK, mengaku bahawa para pengganas bertempur di barisan Armenia menentang Azerbaijan di Nagorno-Karabakh.

Menurut maklumat yang diperolehi dari sumber keselamatan, Layika Gültekin, salah seorang yang disebut sebagai pengarah penstrukturan wanita organisasi pengganas PKK / KCK, membuat pengakuan di media organisasi tersebut.

"Kami pergi ke Karabakh dan bertempur bersama tentera Armenia. Kami akan selalu bersama mereka setiap kali rakyat Armenia mahukan," kata Gültekin, sambil menambah bahawa para pengganas berperang melawan Azerbaijan.

Dengan demikian, terbukti sekali lagi bahawa pengganas PKK berada di barisan Armenia sebelum perjanjian yang ditandatangani di Nagorno-Karabakh (10 November).

Sementara itu, sumber-sumber keselamatan mengumumkan bahawa disebabkan oleh operasi kuat Angkatan Bersenjata Turki, pengganas yang melarikan diri dari organisasi pengganas itu meningkat dan terdapat perpecahan besar dalam organisasi tersebut. Penyertaan dalam organisasi semakin menurun dan organisasi kehilangan kebebasan bertindak.

Sumber-sumber itu menekankan bahawa organisasi pengganas PKK / KCK berpihak kepada Armenia di Karabakh, yang bertujuan agar Armenia mendukung mereka di utara Iraq, dan mereka berusaha untuk melaksanakan rancangan keji seperti mengimbangi kekurangan kakitangan dengan menyebut wanita dan orang muda.

 



Berita Terkait