PM Libya Minta Negara-Negara Penyokong Haftar Bekerjasama dengan Kerajaan Libya yang Diiktiraf PBB

Sarraj juga menekankan bahawa "adalah suatu keharusan mereformasi Majlis Keselamatan PBB, yang tidak lagi mencerminkan realiti dunia sekarang."

1497397
PM Libya Minta Negara-Negara Penyokong Haftar Bekerjasama dengan Kerajaan Libya yang Diiktiraf PBB


Perdana Menteri Libya Fayez al-Sarraj, meminta negara-negara yang menyokong Khalifa Haftar di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk mengkaji semula keputusan mereka.

Perdana Menteri Libya Al-Sarraj menyampaikan ucapan melalui sidang video pada hari kedua Mesyuarat Perhimpunan Agung ke-75 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perdana menteri Libya itu meminta negara-negara yang menyokong Khalifa Haftar, pemimpin angkatan bersenjata haram di timur Libya, untuk mengkaji semula keputusan mereka, dan menuntut agar negara-negara ini bekerja dengan Kerajaan Perpaduan Libya (GNA) yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Kami menyeru PBB untuk menyelidiki pelanggaran yang dilakukan oleh milisi Haftar di bandar Sirte." Katanya.

Mengingatkan bahawa mereka mengisytiharkan gencatan senjata di negara ini pada 21 Ogos, Perdana Menteri Sarraj mengatakan bahawa agar gencatan senjata ini efektif dan kekal, wilayah Sirte dan Jufra di bawah kendali Haftar harus diniliterisasi dan tentara bayaran asing mesti meninggalkan negara ini.

Sarraj juga menekankan bahawa "adalah suatu keharusan mereformasi Majlis Keselamatan PBB, yang tidak lagi mencerminkan realiti dunia sekarang."

 



Berita Terkait