PM Iraq: ''Saya Tidak Akan Menjadi Calon Pada Pilihan Raya Awal''

Kazemi mengkritik sistem kerajaan yang dibentuk selepas tahun 2003 di negaranya

1480458
PM Iraq: ''Saya Tidak Akan Menjadi Calon Pada Pilihan Raya Awal''

 

Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kazemi mengumumkan bahawa dia tidak akan menjadi calon pada pilihan raya awal yang dijadualkan akan diadakan tahun depan.

Kazemi memberikan wawancara kepada akhbar berbahasa Inggeris "The National" Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kazemi mengkritik sistem kerajaan yang dibentuk selepas tahun 2003 di negaranya,

“Rezim sektarian yang dikenakan dengan alasan untuk mengekalkan keseimbangan nasional adalah satu pembohongan besar. Ini adalah faktor rasuah yang dominan, dan faksionalisme politik dan pembahagian kepentingan yang melemahkan penubuhan negara.'' Ujarnya.

Kazemi menyatakan bahawa operasi akan dilakukan oleh pasukan keselamatan terhadap kumpulan yang bertindak secara haram di Iraq, dia mengatakan bahawa mereka tidak akan membiarkan senjata itu berada ditangan orang lain selain pasukan rasmi.

Kazemi juga menyinggung pilihan raya awal yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun,

"Saya tidak akan menjadi calon pada pemilihan awal. Saya fokus untuk mewujudkan asas pilihan raya yang telus dan bebas yang boleh dipercayai oleh rakyat Iraq. Sekarang ini saya tidak memikirkan perkara lain selain isu ini." Katanya.

 



Berita Terkait