Covid-19, PM Britain Dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi

Boris Johnson yang berusia 55 tahun, dengan aduan demam dan batuk, disahkan positif covid-19 dan beliau telah mengasingkan dirinya sejak 27 Mac.

1392621
Covid-19, PM Britain Dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi

 

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, yang sedang menjalani rawatan wabak jenis baru coronavirus (Covid-19), dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) .

Pejabat Perdana Menteri Britain No. 10 mengingatkan Johnson telah dibawa ke St Thomas Hospital di ibu negara London pada petang sebelumnya akibat gejala coronavirus yang berterusan.

‘’Sepanjang tengah hari Isnin, keadaan Perdana Menteri semakin membimbangkan dan atas nasihat pasukan perubatan, beliau telah dipindahkan ke unit rawatan rapi di hospital tersebut.’’ Kata kenyataan itu.

Kenyataan itu mengumumkan bahawa Johnson telah mengarahkan Setiausaha Luar Dominic Raab untuk membantu jika perlu dan menyatakan bahawa Perdana Menteri Johnson sedang dirawat dengan sempurna.

Boris Johnson yang berusia 55 tahun, dengan aduan demam dan batuk, disahkan positif covid-19 dan beliau telah mengasingkan dirinya sejak 27 Mac.



Berita Terkait