Rusia dan AS Bincangkan Covid-19 dan Keadaan Terkini Pasaran Minyak Global

Perbualan telefon antara Presiden Putin dan Presiden AS Donald Trump.

1388158
Rusia dan AS Bincangkan Covid-19 dan Keadaan Terkini Pasaran Minyak Global

 

Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membincangkan wabak jenis baru coronavirus (Covid-19) dan keadaan terkini dalam pasaran minyak global.

Dalam satu kenyataan bertulis daripada Kremlin (Istana Presiden Rusia), pertemuan melalui telefon dibuat antara Presiden Putin dan Presiden AS Donald Trump.

"Putin dan Trump menyuarakan kebimbangan serius mengenai skala baru wabak coronavirus (Covid-19) dan telah memaklumkan satu sama lain mengenai langkah-langkah yang diambil di Rusia dan Amerika Syarikat untuk mengatasi ancaman ini. Peluang untuk interaksi lebih dekat antara kedua negara telah dibincangkan." Kata Kremlin.

Dalam mesyuarat itu kedua-dua pemimpin negara juga membincangkan perkembangan di pasaran minyak global dan bersetuju untuk meneruskan konsultasi mereka mengenai isu ini.
 



Berita Terkait