Pesawat Pejuang Rusia Su-27 Terhempas di Laut Hitam

Pasukan dari Wilayah Ketenteraan Selatan telah dihantar ke rantau ini untuk operasi mencari dan menyelamat.

Pesawat Pejuang Rusia Su-27 Terhempas di Laut Hitam

 

Pesawat pejuang Su-27 Rusia jatuh di Laut Hitam.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Rusia, dinyatakan bahawa pada pukul 20.10 waktu tempatan,  pesawat pejuang Su-27 hilang dari radar semasa penerbangan berjadual, 50 kilometer dari Crimea di Laut Hitam, dan isyarat kecemasan telah diterima dari rantau ini seminit kemudian.

Kenyataan itu berkata bahawa pasukan dari Wilayah Ketenteraan Selatan telah dihantar ke rantau ini untuk operasi mencari dan menyelamat.

"Menurut maklumat awal, pesawat itu terhempas ke laut. Operasi mencari juruterbang mengalami kesukaran kerana keadaan cuaca yang buruk." Kata Kementrian.

 



Berita Terkait