WHO: ''Eropah Telah Menjadi Pusat Krisis Wabak Coronavirus''

Bilangan kes Covid-19 dan kematian yang dilaporkan setiap hari di Eropah melebihi China

1378151
WHO: ''Eropah Telah Menjadi Pusat Krisis Wabak Coronavirus''

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa Eropah kini telah menjadi pusat krisis wabak jenis baru coronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus menjawab soalan-soalan bertulis, e-mel, dan telefon semasa ‘’persidangan akhbar virtual’’ yang diadakan di ibu pejabat di Geneva, di mana hanya pegawai WHO dan beliau yang mengambil bahagian.

Menyedari bahawa bilangan kes Covid-19 dan kematian yang dilaporkan setiap hari di Eropah melebihi China, Ghebreyesus berkata,

"Dengan banyak bilangan kes dan kematian dilaporkan dari seluruh dunia kecuali China, Eropah kini menjadi pusat pandemik Covid-19."

Ghebreyesus menyatakan bahawa 132,000 kes Covid-19 dari 123 negara dan wilayah di seluruh dunia telah dilaporkan.

"Ini adalah titik perubahan yang menyebabkan 5 ribu orang mati." Katanya.

Ghebreyesus menyampaikan mesej bahawa penyakit adalah "musuh kemanusiaan bersama" di mana sahaja ia berlaku di dunia, dan menyatakan bahawa negara-negara mesti "mengesan virus lebih awal, melindungi dan merawat rakyatnya" untuk memecahkan rangkaian penjangkitan Covid-19.

 



Berita Terkait